Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Like This Page · January 31
POLIS BURU 4 SUSPEK: Pihak Polis sedang memburu sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam serangan ke atas seorang lelaki di Flat Sri Johor, Cheras. Dalam kejadian 6.20 pagi itu, mangsa berumur 25 tahun telah diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika sedang menggunakan telefon awam berhampiran flat berkenaan.
"Kumpulan itu bertindak menyerang dan menetak kepala dan telinga mangsa hingga hampir putus. Kami tidak menolak kemungkinan motif kejadian berpunca daripada dendam di antara dua kumpulan kongsi gelap," kata Datuk Mohmad Salleh pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai empat individu berkenaan, diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Hotline Polis Kuala Lumpur (Rakan Cop) di talian atau SMS POUSKL ke 32728.

No comments:
Post a Comment