Monday, 25 February 2013

Women Attacked by Stranger

Women Attacked by Stranger 

MIRI: Seorang wanita menerima beberapa jahitan di dahi selepas dipukul dengan objek tumpul oleh seorang lelaki tidak dikenali, pada malam Sabtu lalu di Permyjaya dekat sini.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan lewat 40-an, sedang berjalan kaki pulang ke rumahnya pada jam 9 malam, apabila seorang lelaki menghampirinya lalu meragut rantai emas yang dipakai mangsa serta beg tangannya.

Jiran mangsa yang hanya dikenali sebagai Lia memberitahu, dia terdengar teriakan mangsa ketika dia diragut dan dipukul oleh suspesk.

“Saya terdengar dia berteriak ‘parai aku.., parai aku…’ (bermaksud mati aku), sebelum saya sempat nampak dia rebah,” kata jirannya.
Teriakan mangsa berjaya menarik perhatian jiran-jiran dan penduduk yang tinggal di situ, sambil mereka membantu mangsa yang sudah terbaring di tanah dan berlumuran darah.

Unit Polis Peronda dan ambulans turut bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi orang awam yang membantu mangsa bagaimanapun peragut berkenaan telah melarikan diri.

Borneo Post

No comments:

Post a Comment